Senarai Peribahasa

Kamus Peribahasa Melayu dan Maksud

Laman web ini menyediakan koleksi peribahasa Melayu yang sesuai untuk pelajar sekolah yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun, ujian upsr, pt3, spm atau stpm di mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Murid-murid dapat mencari maksud peribahasa dan makna ayat tertentu termasuk simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan sebagainya di jadual bawah.

PERIBAHASAMAKSUD
Abu JahalOrang yang jahat
Ada air, adalah ikanAda negeri pastilah ada rakyatnya
Ada bakatMempunyai keupayaan
Ada hari, ada nasiAsal masih hidup, pasti akan beroleh rezeki
Ada hatiMempunyai kemahuan / keinginan
Ada jalanMempunyai kaedah / cara
Ada padi, semua kerja jadiOrang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya dengan senang
Ada ubi ada talas, ada budi ada balasMembuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas jahat
Ada udang di sebalik batuMempunyai agenda yang tersembunyi
Air beriak tanda tak dalamRamai bercakap biasanya tanda tak berilmu
Air besar sampan tak hanyutMaksud tiada mencapai
Air dicincang takkan putusPergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Air didih menganak sungaiHiburan yang amat mewah
Air digenggam tiada tirisAmat berhati-hati membelanjakan wang
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekamAmat sedih, sampai tidak enak makan dan minum
Air mukaWajah atau nama yang bagus
Air susu dibalas dengan air tubaKebaikan dibalas dengan kejahatan
Ajak-ajak ayamAjakan yang tanpa bersungguh-sungguh
Alas kakiKasut
Alas perutMakan saja untuk menahan daripada lapar
Ambil anginBersiar-siar / berjalan-jalan
Ambil beratMemberi perhatian / mengambil tahu
Ambil pati, buangkan ampasPakai yang baik, yang tak baik dibuang
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebatOrang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat kedudukan baik
Anak baik, menantu molekAmat berbahagia
Anak dagangOrang asing / merantau
Anak emasAnak yang sangat disayangi oleh keluarga
Anak gaharaAnak raja dari keturunan raja yang tulen
Anak kambing takkan menjadi anak harimauSeseorang yang pengecut tentu pengecut
Angguk bukan, geleng yaLain di mulut, lain di hati
Angkat diriSombong
Angkat kakiCabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa
Angkat mukaTidak tahu gentar / takut
Angkuh seperti merakGemar menganggap sendiri lebih baik daripada orang lain
Asam garamSangat banyak pengalaman hidup
Atas pagarSeseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak
Ayam baru belajar berkokokSaja cukup umur
Ayam jalakOrang yang berani
Ayam tambatanOrang harapan di dalam sesuatu pertandingan
Ayam terlepas, tangan bau tahiSeseorang yang membuat kejahatan akhirnya akan dapat malu
Bagai anjing beranak enamKurus akibat sering melahirkan anak / seseorang yang dibenci oleh masyarakat
Bagai anjing dengan kucingBergaduh apabila berjumpa
Bagai anjing tersepit di pagarMudah mencampurkan sesuatu hal yang tidak baik jika diperdekatkan
Bagai aur dengan tebingMembantu antara satu sama lain
Bagai ayam disambar helangOrang yang hilang dengan tiba-tiba
Bagai ayam mengeram telurKeelokan muka perempuan / muka merah
Bagai bulan dipagar bintangSeorang perempuan yang cantik
Bagai bulan jatuh ke ribaDapat sesuatu yang tidak disangka
Bagai dakwat dengan kertasHubungan yang tidak pernah dipisahkan
Bagai duri dalam dagingHal yang tidak menyenangkan hati
Bagai gagak menggonggong telurGadis hodoh berpakaian bagus
Bagai isi dengan kukuPersahabatan amat erat
Bagai itik pulang petangAmat lambat berjalan
Bagai katak di bawah tempurungSeseorang yang cetek pengetahuan
Bagai kucing kehilangan anakOrang yang kehilangan akal
Bagai kucing lepas senjaSusah dicari
Bagai limau masam sebelahBerat sebelah
Bagai melulur bersitunggingMembuat sesuatu pekerjaan dengan terpaksa
Bagai menghitung bulu kambingMembuat kerja yang sia-sia
Bagai pinang dibelah duaDua orang serupa atau sangat mirip
Bahasa dalamBahasa istana
Bahasa pasarBahasa percakapan yang tidak mengikut tatabahasanya
Bak cetus apiAmat cepat
Bakar tak berapiCinta secara tidak dengan sebenarnya atau berdiam-diam
Balik belakang lain bicaraMungkir janji
Banyak mulutBercakap banyak
Batu apiOrang yang menyebabkan pergaduhan antara dua pihak
Bau-bau bacangMempunyai hubungan saudara yang jauh
Bekas tanganHasil buatan seseorang
Berat mataBerasa mengantuk
Berat mulutOrang yang pendiam
Berat sebelahTidak adil
Berat tulangMalas
Besar diriSombong / bongkak
Besar hatiBangga / gembira
Biar putih tulang jangan putih mataLebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga maruah diri
Bintang terangBernasib baik
Buah tanganHadiah
Buka langkahMelarikan diri sebab takut akan sesuatu
Buka tembelangMembocorkan rahsia yang tersimpan
Buku limaPenumbuk
Bulat fikiranTetap fikirannya
Bulat hatiTetap hati dan bersugguh-sungguh
Burung terbang dipipiskan lada Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi
Buta hatiGelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang
Cacing hendak menjadi nagaOrang kecil mahu menjadi orang yang hebat
Cacing kepanasanOrang yang selalu gelisah
Cacing menelan nagaYang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Cahaya mataAnak
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal ladaBercakap seperti orang kaya, sebenarnya miskin
Cakap besarMembesarkan diri sendiri
Cakar ayamTulisan sangat buruk
Campak baju nampak kurapMembocorkan keburukan diri anda
Campak bunga dibalas dengan campak tahiKebaikan dihargai dengan kejahatan
Campur tanganMelibatkan diri / ambil tahu
Cangkul anginMembuat kerja yang sia-sia
Cantik bagai bidadariWajah yang manis atau sangat menarik
Cari akalMemikir
Cari umbut kena bukuMencari baik, dapatkan buruk
Celaka ayam, padi masak makan ke hutanBernasib malang
Cepat kaki, ringan tanganRajin dan berdaya usaha
Cerai hidupSuami dan isteri yang perpisahan
Cerai kasihPutus percintaan
Cerdik bagai ekor kerbauLakukan kerja yang merugikan diri sendiri
Cerdik busukPandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang
Cerita burungBerita yang tiada berasas
Cermin bangkaiMenanggung malu akibat sesuatu kejadian
Cicak kubinSangat kurus
Curi hatiMemikat hati / jatuh suka
Curi tulangMalas bekerja
Dada lapangSabar dan tidak mudah marah
Dada manusia tidak dapat diselamPengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui
Dagangan bersambut yang dijualnyaCerita dari orang lain yang dia ceritakan
Dalam berselam, dangkal berjingkatPendapatan sedikit itu dipada-padakan
Dalam dua tengah tigaTidak berjujur
Dalam tanganSesuatu yang tentu akan diperoleh
Dapat bahagianDenda / kena pukul
Dapat khabarMenerima khabar
Darah dagingSaudara mara sendiri
Darah gemuruhMudah rasa gugup
Darah manisMudah mendapat bahaya
Darah mudaSemangat atau perasaan tidak sabar
Darah panasOrang yang cepat marah
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruhDari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah adaSedikit sudah cukup daripada tiada langsung
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu jugaTiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara
Daun nipah dikatakan daun labuJika malas bertanya, tentulah timbul salah faham
Daya fikirKekuatan berfikir
Dengan kartu terbukaDengan terus terang
Depan hidungSangat dekat
Detak hatiPerasaan / kata hati
Di bawah ketiak orangDi bawah kekuasaan seseorang
Di luar merah di dalam pahitLahirnya baik, tetapi fikirannya jahat
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak airMahu sesuatu tidak pada tempatnya
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyakDi mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ
Di mana makan di situ berakMelakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki
Diam-diam ubiPerkara berlaku secara senyap
Diberi berpadang luasDiberi kebebasan penuh
Dicocok orang hidungnyaMenurut saja perintah orang lain
Didengar ada, dipakai tidakNasihat yang sia-sia
Digantung tinggi, dibuang jauhTidak berkuasa sedikit jua
Dimakan mati emak, diluah mati bapaDalam situasi yang serba salah
Duit kopiRasuah / wang sogokan
Durian runtuhMendapat keuntungan secara tiba-tiba
Ekor mataLihat dengan hujung mata / berhati-hati
Ekor pulauHujung pulau
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan jugaOrang miskin yang ingin meniru tindakan orang kaya
Elok arak di hari panasOrang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan
Elok buruk dan busuk hanyirKesenangan dan kesusahan sentiasa ada
Elok lenggang di tempat datarBerseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai
Emak buyungWanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak
Emak saudaraKakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu
Emas putihCampuran emas berwarna putih
Emas sebungkalBarang yang berharga
Emas tempawanOrang yang dikasihi
Embacang buruk kulitIa kelihatan buruk tetapi ia sangat baik
Embun betinaEmbun yang kecil-kecil
Embun di hujung rumputTiada kekal
Embun jantanEmbun yang besar-besar
Enak hatiGembira / senang hati
Enau sebatang dua sigainyaSatu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang
Enggan seribu daya, mahu sepatah kataJika tidak menyukai biasanya banyak alasan
Enggang lalu ranting patahSesuatu yang berlaku secara kebetulan meninggalkan akibatnya
Entimun bongkokTiada mengira di dalam pergaulan
Fajar menyingsingWaktu pagi hari
Fikir itu pelita hatiFikiran suluh kebenaran
Fikiran buntuSukar dapat memikir penyelesaian
Fikiran sempitSeseorang fikiran yang cetek
Fikiran tajamSangat cepat faham akan sesuatu
Fikiran terbukaSanggup mempertimbangkan sebarang cadangan
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan jugaTindakan yang terlanjur, walaupun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar
Gagak bersuara muraiNampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati
Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar jugaKelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepitJika raja-raja berselisih, rakyat akan dapat susah
Gajah berhati, kuman pun berhati jugaKaya dan miskin bersama berfikiran dan bernafsu
Gajah dipandang seperti kumanTerlalu marah
Gajah ditelan ular lidiYang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Gajah empat kaki lagi tersarukOrang yang berkuasa itu waktunya sampai akan kehilangan kebesarannya
Gaji butaOrang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Gali lubang tutup lubangPinjam wang untuk bayar hutang
Gar-gar gelegar, rasuk juga menahannyaJangan senang percaya dengan perkataan orang
Garam dikulum tak hancurOrang yang cerdik menyimpan rahsia
Garam jatuh di airNasihat itu diterima dengan baik
Garuda diburu layang-layang yang dapatBarang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan
Gatal mulutSuka cakap keburukan orang
Gatal tanganSuka membuat sesuatu yang bukan-bukan
Gaya saja, rasanya wallahRupanya sahaja yang bagus, tetapi budi pekertinya buruk
Gayung tua, gayung memutusKata-kata orang tua biasanya betul
Gedang kayu, gedang dahannyaBanyak pendapatan, banyak belanjanya
Gelap hatiSukar faham pelajaran
Gelap mataMengamuk
Gelegar buluhCakap besar tetapi tiada berfaedah
Geleng seperti si patung kenyangBerjalan melonjak-lonjak sebab sombongnya
Gerak badanSenaman
Gerak hatiPerasaan dari dalam hati
Gigit jariMenyesal
Gila bahasaOrang yang tidak panjang fikirannya
Gila bayangInginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Gila judiSuka bermain judi
Goyang kakiDapat kesenangan dalam cara yang mudah
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentahTindakan yang tidak sempurna
Gulung tikarPerniagaan tetap ditutup
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkanDigunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
Gunung payungOrang kesayangan / buah hati
Habis akalBingung setelah daya usaha
Habis jodohBercerai
Habis kapak berganti beliungAmat rajin bekerja
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajahSusahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat
Habis madu sepah dibuangDigunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
Hancur hatiSedih / kecewa
Hangat hatiAmat marah
Hangat-hangat tahi ayamTidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicariMembantu seseorang yang ditimpa kesusahan
Hapus panas setahun kerana hujanKebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekapCakapnya sahaja yang hebat tetapi buktinya tidak ada
Harga diriMaruah seseorang
Harga matiHarga yang tetap
Harga pokokHarga tiada mengambil kira sebarang keuntungan
Hari guruh takkan hujanOrang yang amat marah biasanya tidak sampai pukul
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnyaOrang miskin menjadi kaya, melupakan dirinya
Hari tak selamanya panasNasib baik dan malang secara bergantian
Hari tidak siang sajaTidak selalu senang secara berterusan
Harimau ditakuti sebab giginyaOrang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya
Harimau mati kerana belangnyaMendapatkan kemalangan kerana kelebihannya
Harimau menunjukkan belangnyaOrang yang menunjukkan kekuatannya
Harta orang hendak digalasOrang yang ingin mengambil harta orang lain
Hati bagai baling-balingPendirian yang tidak tetap
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisangOrang yang tidak mempunyai perasaan
Hati batuSeseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat
Hati emasHati yang baik
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahPembahagian yang sama rata
Hati kecilPerasaan hati yang sesungguhnya
Hati perutBertimbang rasa
Hati tungauPenakut
Hati wajaTerus berusaha dan tidak menyukai berputus asa
Hempas tulang tak berbalas jasaBerpenat telah tetapi tidak mempunyai hasilnya
Hendak air pancuran terbitMemperoleh lebih daripada yang dikehendaki
Hendak masak langsung hangusKerana terlalu banyak meninggikan diri akhirnya dapat malu saja
Hendak terbang tiada bersayapIngin melakukan sesuatu tetapi tidak berkuasa
Hentam kromoMembuat sesuatu kerja dengan sesuka hati
Hidung belangOrang yang suka mengusik perempuan
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorongGemar ikut campur di dalam urusan orang lain
Hidung tinggiSombong
Hidup segan mati tak mahuHidup melarat
Hilang akalJadi bingung / gila
Hilang di mata di hati janganWalaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati
Hilang harapanTelah putus asa
Hujung lurus, pangkal berkaitIa kelihatan baik, tetapi di hatinya adalah kejahatan
Hutang keliling pinggangMenanggung pinjaman yang terlalu banyak
Ibarat beban, belum lepas daripada bahuSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai
Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musimOrang yang tidak tetap kedudukannya
Ibarat perahu takkan karam sebelahSimpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembaliOrang melarat dapat pertolongan
Ibu angkatPerempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri
Ibu ayamPerempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit
Ibu kandungIbu sendiri
Ibu keladiOrang tua yang bersikap seperti orang muda
Ibu pertiwiNegara tempat kelahiran
Ikan di hulu tuba di hilirPerbuatan yang sia-sia
Ikan di kuali, habis melompatBernasib malang
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekorKerana yang sedikit rosak yang ramai
Ikan tergantung, kucing tungguMengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki
Ikat diriSangat berat
Ikat hatiMenawan
Ikat janjiMembuat perjanjian
Ikat perutOrang yang menahan lapar
Ikut jejakMencontoh sifat baik
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggiInginkan sesuatu yang sudah diperoleh
Intan baiduriSeseorang yang dikasihi
Intan berlian jangan dipijakkanUntung bahagia jangan dielakkan
Iri hatiPerasaan dengki
Isi dada bekal berjalanJika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki
Isi hatiPerasaan
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kitaKita yang berkerja, orang lain yang senang
Isi perutPerasaan yang sesungguhnya
Isi rumahKeluarga
Itik bertajiAmat penakut, tetapi sombong
Itik diajar berenangMembuat kerja yang sia-sia
Itik mendapat airMemperoleh sesuatu yang sangat disukainya
Jadi abuSesuatu yang sudah hancur berkecai
Jadi air mandiSudah menjadi kebiasaan
Jadi alas cakapHadiah kepada orang yang merit
Jadi penghubung kaki tanganTempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan
Jaga hatiBertolak ansur
Jaga mulutBercakap dengan berhati-hati
Jalan buntuMenemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian
Jalan fikiranCara berfikir
Jalan keluarCara penyelesaian masalah yang telah buntu
Jalan matiJalan yang berhujung
Janda berhiasPerempuan masih muda tetapi suaminya sudah mati atau diceraikan
Jangan bagai babi merasa gulaiOrang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan
Jangan berkemudi di haluanJangan terlalu mengikut kata-kata isteri
Jangan bersandar di batang rengasJangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat
Jangan diajar orang tua makan kerakJangan diajar oleh orang yang sudah tahu
Jangan difikirkan air pasang sajaJangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus gentingPerbuatan yang buruk jangan dibiasakan
Jangan memberi bunga kepada monyetMemberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai
Jangan menggerak ular tidurBahaya jangan mencari
Jangan seperti si buta mematah tongkatOrang yang membantu kita, jangan bermusuh
Jantung hatiOrang yang sangat dikasihi
Jari kudung dimasukkan cincinMembuat perkara tidak pada tempatnya
Jarum halus kelindan suteraTipu muslihat yang amat halus
Jatuh hatiMenaruh sayang kepada seseorang
Jauh di mata, dekat di hatiMeskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang ditinggalkan
Jauh hatiSedih kerana berasa tersinggung
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekorCakap besar di belakang-belakang sahaja
Jauh panggang dari apiJawapan atau sindiran yang tidak tepat
Jejak langkahMencontohi kelakuan orang yang terdahulu
Jika baik ada cacatnyaTidak ada yang sempurna sebenarnya
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belutYang jahat itu masih jahat
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat saguMestilah berusaha untuk dapatkan sesuatu yang dihajati
Jinak-jinak merpatiPerempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila didekati
Jiwa besarMempunyai cita-cita yang tinggi
Juling airJuling sedikit
Kacang hantuSeseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain
Kacang lupakan kulitOrang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah menolongnya
Kain basah kering di pinggangAmat miskin
Kain dalam lipatanWanita yang membuat kejahatan di dalam diam-diam
Kain sehelai sepinggang habisMengalami kerugian atau kecurian
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petangOrang miskin yang perlu sentiasa bekerja
Kaki ayamTidak memakai kasut berjalan
Kaki bangkuTidak tahu bermain bola
Kaki botolOrang yang suka minum arak
Kaki judiSeseorang yang suka bermain judi
Kaki limaLantai di depan kedai
Kaki naik, kepala turunBekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kaki pekuk lenggang ke perutBuruk dan bodoh
Kata hatiPerasaan dari dalam hati
Kata putusKeputusan yang terakhir
Katak ditimpa kemarauBerkeluh kesah dengan tiada keruan
Ke gunung tak dapat anginGagal untuk dapat keuntungan
Ke mana condong, ke mana rebahTelah dilakukan menurut adat yang biasa
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasiPeribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa dirinya
Kebenaran di hujung lidahTiada keadilan
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapaPengetahuan itu bukan pasti pada orang tua-tua saja, orang muda-muda ada juga
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkanMenyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
Kecil-kecil anak harimauWalaupun kecil tetapi berani
Kecut perutPerasaan takut
Kembang hatiGembira
Kena luluk kandang keringDapat kesusahan tidak pada tempatnya
Kepala anginOrang yang cepat marah
Kepala batuDegil
Kepala beratBodoh
Kepala ke bawah, kaki ke atasBekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kepala tersangkut dengan kulit babiMemperolehi malu besar
Kepala yu, ekor babiBermuka dua
Kera sumbangOrang yang tidak suka bergaul
Kerang busukTersengih-sengih tanpa alasan
Ketam batuOrang yang amat kedekut
Ketam menyuruhkan anaknya berjalan betulOrang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak membetulkan sebagai yang dinasihatkannya
Khabar anginBerita yang belum tentu benarnya
Kucing bertandukPerkara yang mustahil berlaku
Kuku besiBersifat kejam dan keras dalam pemerintahan
Kutu embunSeseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam
Kutu jalanOrang yang suka merayau-rayau tanpa maksud
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.Persahabatan yang sangat erat
Ladang yang berpunyaGadis yang sudah kahwin
Lagi jatuh ditimpa tanggaBerturut-turut mendapat masalah
Lagi lauk lagi nasiLebih kaya, lebih banyak sahabatnya
Lagi lebai lagi berjanggutBerilmu dan berbudi
Lagi murah, lagi ditawarLebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Lain bengkak lain bernanahOrang lain yang bersalah, yang lain menanggung akibatnya
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hatiSetiap orang dengan kesukaannya
Lain mangkuk lain cawanTidak sama pembawaan dan kegemaran
Lain padang lain belalangAdat negeri sentiasa berlain-lainan
Laksana burung diam dalam sangkarOrang yang terikat hidupnya
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak lakuGadis gemuk yang tidak disukai orang
Laksana garam dengan asamPasangan yang jodoh akan bertemui betapa pun jauhnya
Laksana layang-layang melawan anginMembuat kerja yang sia-sia
Langkah bendulAdik perempuan berkahwin lebih dulu dari kakaknya
Langkah kananBernasib baik
Langkah kiriTidak bernasib baik
Langkah seribuCabut lari
Lapang dadaBerasa tenang
Lebai malangNasib yang kurang baik
Lebar mulutBercakap banyak
Lembut hatiOrang yang mudah menerima nasihat
Lena ayamBelum tidur lena
Lepas diriTidak bertanggungjawab
Lepas tanganTidak menyukai campur tangan
Lidah bercabangPercakapan yang tidak boleh dipercayai
Lipas kudungMenyiapkan sesuatu kerja dengan cepat
Lonjak sebagai labu dibenamSombong / angkuh
Luka sudah hilang, parutnya tinggal jugaOrang yang berselisih faham meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga
Lupa daratanMelakukan sesuatu yang melampaui batas
Lurus akalJujur
Mabuk di enggang laluAmat tertarik hatinya pada orang yang belum dikenal
Macam betung seruasOrang yang terlalu jujur
Macam orang bidukSemua orang makan dan minum bersama tetapi bayar sendirinya
Macam ular kekenyanganOrang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tak betul lagi
Mahal dibeli sukar dicariSesuatu yang sangat susah didapat
Makan anginBersiar-siar / berjalan-jalan
Makan angkatSuka dipuji
Makan bubur panas-panasKelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Makan diriPerkara yang merosakkan diri sendiri
Makan gajiBekerja untuk mendapatkan upah
Makan hatiPerasaan sedih
Makan kawanBerbahayakan kawan sendiri
Makin banyak orang, makin banyak niatSetiap orang mempunyai kemahuan sendiri-sendiri
Makin murah, makin menawarLebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Malang tak berbauKemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba
Malas bergarit, perut peritMalas mencuba tentulah kelaparan
Malu berani, mati takutOrang yang pengecut
Malu-malu kucingBerpura-pura malu di depan orang
Mandi kerbauMandi tidak bersih
Mandi peluhBekerja dengan sepenuh tenaga
Masam mukaTidak bertegur sapa
Masih berbau pupuk jerangauTidak ada pengalaman
Mata duitanOrang yang amat tamakkan wang
Mata keranjangLelaki suka menggangu perempuan cantik
Membabi butaMelakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu
Membuka pekung di dadaMembocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga
Memerah keringatBerusaha
Mencurah air ke daun keladiBerikan nasihat yang sia-sia
Merdu bagai buluh perinduSuara yang bagus dan enak didengar
Mulut muraiSeseorang yang bercakap banyak
Murah hatiPemurah
Naga ditelan ular lidiOrang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa
Naik anginAmat marah
Naik basuh kaki sajaMengerjakan sesuatu perkara dengan mudah
Naik kepalaMembuat sesuatu yang melampaui batas
Naik pitamPening
Naik tak bertangga, turun tak berpintuLakukan suatu perbuatan yang salah
Naik tanganMudah memukul orang
Nasi masak, periuk pecahKeputusan yang akhir
Nasi sudah menjadi buburKerosakan telah tidak boleh dibaiki lagi
Nyawa-nyawa ikanHampir-hampir mati
Omong kosongPercakapan yang tidak berfaedah
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasaSetiap pertolongan orang hendaklah kita kenangi
Orang dapurPerempuan
Orang harapanOrang yang boleh dipercayai
Orang kananOrang yang diharapkan
Orang kebanyakanBukan orang bangsawan
Orang luarOrang datang dari tempat lain
Orang rumahIsteri
Otak bekuOrang yang bodoh
Otak cairPandai / Cerdik
Otak udangOrang yang bodoh
Pacat ingin menjadi ularOrang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya
Pahit di luar manis di dalamKata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan
Paku BelandaHarga tidak boleh ditawar-tawar
Panas baranSeseorang yang mudah marah
Panjang tanganOrang yang suka mencuri
Pasang telingaMendengar dengan teliti
Patah hatiKecewa
Patah kandarHilang tempat berlindung atau bergantung
Pekak badakSeseorang yang pura-pura tidak mendengar
Pelanduk dua serupaDua orang yang seolah-olah rupanya
Perang mulutBerbahas yang hanya meluahkan kata-kata
Perut kosongLapar
Pipit sama pipit enggang sama enggangPengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri LilinSeseorang yang tidak tahan dengan panas
Rabun ayamPenglihatan yang rabun menjelang waktu malam
Rambang mataTidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Rambut sama hitam hati lain-lainSungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan
Ranting reputSesuatu sudah tiada harapan
Rebung tidak jauh dari rumpunKelakuan anaknya tidak jauh dari tingkah laku ayahnya
Rebung tidak miang, bembam pula yang miangOrang bersangkutan senyap diri, orang lain pula yang campur tangan
Rendah diriTidak sombong
Retak-retak mentimunRetak halus yang cuma di luar saja
Rezeki harimauMakanan yang ramai dan berjenis-jenis
Rezeki mataSesuatu perkara yang bagus ditengok
Ringan kepalaMudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulutPeramah
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikulBersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Ringan tulangRajin
Ringan tulang, berat perutSesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih
Rumah buruk disapu catOrang tua yang gemar bersolek
Rumah siap pahat berbunyiKerja sudah siap, tetapi tak sempurna atau masih dipertikaikan
Runtuh imanTergoda untuk melakukan kejahatan
Rusuh hatiGelisah
Sagu hatiHadiah
Sakit hatiPerasaan tersingguh dan membuatkan orang marah
Sakit mataBenci memandang sesuatu
Sampah masyarakatOrang yang amat hina
Sampai hatiTidak segan-segan
Sauk air mandikan diriOrang yang hidup berusahalah sendiri
Sebab nila setitik, rosak susu sebelangaKerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak
Sebelum ajal berpantang mautTidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba
Sebulat suaraSemua orang bersetuju dalam hal yang tersebut
Sehelai sepinggangPakaian yang ada pada tubuh
Sekali air bah, sekali pantai berubahApabila keadaan berubah, suasana berubah
Senyum kambingSenyum yang mengejek
Separuh matiTerlalu penat
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah diaKedudukan atau pekerjaan yang tidak terjamin, mungkin dipecat bila-bila masa
Seperti anai-anai makan kayuLakukan sesuatu yang begitu rajin
Seperti anjing bertemu pasirOrang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya
Seperti api dalam sekamPerbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi
Seperti api dengan asapHubungan yang tidak boleh diputuskan
Seperti ayam berak kapurMuka pucat kerana menghidap penyakit
Seperti cincin dengan permataPasangan yang sesuai, sama padan
Seperti ikan kena tubaTidak berdaya lagi
Seperti kucing dapat tikusTidak tahu duduk diam
Seperti mentimun dengan durianOrang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat
Seperti pahat dengan penukulTolong-menolong antara satu sama lain
Seperti rusa masuk kampungBerasa hairan atau terkagum pada tempat baru
Seperti tikus membaiki labuMembaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak
Setengah tiangGila-gila
Sirih pulang ke gagangKembali ke tempat yang asalnya
Sudah terhantuk baru terngadahSudah terkena, hanya teringat
Tajam akalCerdik
Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panasAdat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kataTentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara
Tangkai jeringKedekut
Tangkap muatPilih tidak teliti
Tarik mukaTidak puas hati
Tawar hatiTidak bersemangat
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnyaKata-kata yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik dan sendirinya yang menanggung akibatnya
Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkanSekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu, janganlah pecahkannya
Tidur matiTidur yang tidak sedarkan diri
Tinggal kain sehelai sepinggangKehilangan harta akibat bencana
Tinggi hatiSombong dan Megah
Tumbuk rusukRasuah
Ubur-ubur airnya hitamOrang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya
Ucap habis niat sampaiKeputusan yang diperoleh dengan segera
Udang hendak mengatai ikanTak faham kekurangan dirinya
Ukur baju di badan sendiriBerbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh diukur dengan keburukan orang lain
Ukur jalanMerayau-rayau tanpa arah dan tujuan
Ukur mata dengan telingaMengikut penglihatan dan pendengaran
Ular berkepala duaTiada tetap pihak mana yang diikuti
Ulat bukuOrang yang suka membaca buku
Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujanBernasib buruk yang tidak dapat dielakkan lagi
Umpama kayu lempung belum ditolak condong sendiriSeseorang mudah mengikuti kehendak orang lain
Untung bagai untung kapasOrang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
Untung batuBernasib buruk
Untung sabutSelalu bernasib baik
Untung sabut timbul, untung batu tenggelamJika nasib baik akan dapat kejayaan, tapi jika nasib buruk akan dapat kerugian
Wang kopiWang diberikan sebagai hadiah kerana tolong mendapatkan sesuatu
Wang pokokDuit modal
Wang sakuWang yang diberi untuk perbelanjaan harian
Warta dibawa pikat dan langauKhabar angin
Wau melawan anginPerbuatan yang sia-sia
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalanIa mudah untuk dijanjikan, tetapi sukar menepatinya
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciranUntung yang dijangkakan tidak dapat, sedangkan yang telah ada terhilang pula
Zaman beralih, musim bertukarSegala-galanya mesti disesuaikan pada keadaan zaman
Hak Cipta: senaraiperibahasa.comLayari untuk dapat maksud, latihan dan nota peribahasa Melayu

Para guru dan murid boleh muat turun jadual di atas dan cetaknya sebagai rujukan.

Selain itu, latih tubi peribahasa Melayu juga disediakan di laman web ini, pelajar boleh membuat ulang kaji atau percubaan pada contoh soalan dan latihan secara percuma. Nota peribahasa bergambar juga akan diberi untuk memudahkan pembelajaran murid.

BERKONGSI

NOTA PERIBAHASA

LATIHAN PERIBAHASA

SPONSORED LINKS